PERPUSTAKAAN DESA ( PNM )
PERMATANG DAMAR LAUT
Perpustakaan
Desa Permatang Damar Laut adalah usaha untuk memperluaskan lagi
rangkaian perkhidmatan perpustakaan ke seluruh Negara.Perpustakaan
Negara Malaysia ( PNM ) telah menubuhkan sebuah perpustakaan desa di
Kampung Permatang Damar Laut dengan harapan untuk membantu dan
menggalakkan budaya membaca dalam kalangan penduduk tanpa mengira
agama,bangsa dan umur.
Tujuan
penubuhan perpustakaan desa ini adalah untuk memudahkan masyarakat
sekeliling menikmati kemudahan pembacaan walaupun jauh dari bandar
seiring dengan hasrat dan amanat Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr.
Rais Yatim.Beliau juga menyarankan agar perpustakaan desa ini dijadikan
pusat kecemerlangan ilmu bagi melahirkan Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
Melalui
Pejabat Daerah dan Tanah dan setelah membuat pemilihan dan tapisan
akhirnya dengan persetujuan JKKK Kampung Permatang Damar Laut, maka
Permatang Damar Laut ini telah telah terpilih sebagai lokasi untuk
didirikan perpustakaan tersebut.Berkat semangat perkongsian bijak dan
kesepakatan diantara JKKK Kampung Permatang Damar Laut, Perpustakaan
Negara Malaysia ( PNM ), Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang maka
Perpustakaan Desa Permatang Damar Laut ditubuhkan.
No comments:
New comments are not allowed.